Secara umumnya mengandaikan bahawa dari satu sudut pandangan kekayaan material adalah sesuatu yang menjadi keutamaan pada hari ini . Oleh kerana itu kita lihat pada hari ini pemusnahan terbesar yang tidak pernah dilakukan oleh semua manusia terhadap alam sekitar, dan melatanya kemiskinan di planet ini . Kesengsaraan Masakini dan masa silam dilupakan olen kebanyakan manusia hari ini yang telah menikmati taraf hidup yang lebih baik . Lagipun ini bukan meliputi seluruh manusia diseluruh dunia . Sebahagian besar penduduk dunia berada dalam kemiskinan dan hanya berpendapatan 2 dollar US sehari . Keseluruhan pendapatan majoriti yang diperolehi oleh golongan ini di dunia tidak dapat menandingi kekayaan 387 orang terkaya di dunia . Ketidak seimbangan ini tela menyebabkan ketidakseimbangan dari segi politik dan ketenteraan dan menyebabkan satu negara besar menjadi polis dunia .
Sepanjang tempoh ini seluruh kekayaan didunia telah dibolot oleh satu pihak sahaja . Orang islam telah kehilangan kekuatan dari segi ekonomi dan politik . Kesatuan politik yang diwakili oleh khalifah telah luput dan muslim tidak mempunyai suara didunia untuk membela nasib mereka sendiri disebabkan keadaan mereka yang dipisah-pisah kedalam pelbagai negara kecil . Seluruh ekonomi negara Islam jika disatukan tidak mencecah 1/10 dari GDP US . Muslim hari ini berada dalam keadaan lemah dan tewas dari sudut ekonomi . Ia menjadi penyebab kepada timbulnya rasa marah dan tidak puas hati dikalangan golongan muda .
Sistem ekomomi yang tidak seimbang kini telah mengalih perhatian dari masalah ekonomi kepada masalah politik . Sistem ekonomi ini menyebabkan tidak seimbang telah tidak dihiraukan oleh pihak yang berkuasa demi mengekalkan kekuasaan mereka .
Asas kepada ketidakseimbangan ini adalah riba kerana ia sendiri adalah memberi maksud tidak seimbang . Melalui kaedah riba ia telah menghalalkan dominasi ekonomi melalui kontrak jenayah seterusnya menjadi sebab berlaku dominasi ekonomi . Kerana itu kita selamanya kekal menjadi hamba kepada riba .
Sebuah masyarakat yang silap memahami dinamika dunia mendapati sukar untuk fokus kepada matlamat yang dirancang . Kita kehilangan arah untuk mencapai matlamat yang akhirnya menyebabkan kegagalan ..
Memahami riba adalah asas untuk memahami capitalis . Kefahaman islam tentang riba akan mengembalikan asas muamalat kita dan kemudian mencipta alat untuk mengalahkan sistem ekonomi sekarang, riba bukan sahaja satu yang buruk . Ia membuka jalan kepada pembinaan sistem yang halal . Hanya apabila kita kekal bingung untuk membezakan yang halal dan haram membolehkan musuh mudah memusnahkan usaha kita .
Allah berfirman yang bermaksud “allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba”,
Riba berlawanan dengan dengan perniagaan , kerana ia merosakkan perniagaan . Tidak boleh berlaku perniagaan dengan riba . Riba telah menjadi teras kepada sistem kufur kapitalis , kerana sebab ini riba adalah isu politik paling penting yang dihadapi oleh orang islam masakini . Riba mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita . Ia menguasai kehidupan kita melalui bank dan negara , walau pun ramai orang melihat riba hanya semata- mata interest ,
Realitinya riba adalah lebih kompleks . Salah faham ini bukan semata disebabkan salah pengiraan , tetapi ia adalah hasil dari salah pendidikan dan proses indoktrinasi yang disebabkan oleh dua fenomena ; penghapusan khalifah dan proses islamisi atau reformasi islam . Salah faham ini membuka pintu kepada mengislamisasikan sektor perbankan . Pasaran terbuka adalah tempat untuk perniagaan sedang bank adalah tempat untuk riba . Satu penjenamaan semula riba akan diikuti oleh usaha penubuhan bank islam untuk menghalalkan tindakan mereka . Jadi kita perlu kembali kepada tujuan asal untuk memperbetulkan kesilapan ini dan seterusnya mengetahui mana yang halal dan mana yang haram . Apa yang penting adalah untuk menumpaskan kapitalis dari puncak keagungan mereka .
Riba dari segi bahasa arab adalah bermaksud pertambahan . Kadi abu bakar dalam ahkamul Quran mendefinasikan lebihan antara nilai barang -barang yang dijual dan barang yang dibeli . Pertambahan ini disebabkan oleh dua keadaaan :
- bertambah berat atau timbangan
- bertambah masa disebabkan oleh tangguh
Dua sudut pertambahan ini telah membuatkan ulama membahagikan riba dalam jual beli kepada dua tangguh dan bertambah
1. riba nasiah
2. riba fadl
Riba fadl merujuk kepada kuantiti sementara riba nasiah merujuk kepada penangguhan masa .
Riba fadl mudah untuk difahami . Di dalam pinjaman interest adalah bayaran tambahan keatas pinjaman . Secara umum ia berlaku apabila satu pihak menuntut tambahan atas sesuatu yaang ditukar seperti seorang menyerahkan sesuatu bernilai 100 sementara seorang lagi menyerahkan 110
Ini juga kes yang ditegah bila dua jual beli dilakukan di dalam satu akad . Dimana satu pihak wajib menjual sesuatu dengan satu harga dan menjual kembali kepada penjual asal dengan pertambahan nilai . Faktanya ia adalah satu helah mengubah pinjaman dengan interest kepada akad jual beli . Tidak ada pihak hari ini yang ingin melakukan kaedah ini kerana anda boleh mendapatkan pinjaman dari bank secara langsung . Tetapi bank islam telah menjenamakan semula helah kuno ini untuk menipu pengguna dengan nama murabahah
Memahami riba nasiah adalah lebih sukar . Pertambahan masa adalah tambahan kepada satu transaksi secara palsu . Ia adalah tangguhan yang tidak beralasan . Ini merujuk kepada serahan tunai kepada serahan hutang bagi medium pembayaran dan makanan yang digunakan juga sebagai wang . Ain adalah benda yang wujud di dalam perdagangan atau dirujuk sebagai tunai . Dain pula adalah janji untuk membayar atau hutang atau sebarang bayaran yang ditangguhkan serahannya . Untuk menukar hutang dengan tunai bagi benda yang sejenis adalah riba . Untuk menukar hutang dengan hutang juga ditegah . Di dalam pertukaran , yang dibolehkan hanyalah secara tunai bagi sesuatu yang sejenis .
Ini ditegaskan di dalam banyak hadis tentang isu ini , imam malik meriwayatkan
yahya menceritkan kepada ku dari malik bahwa ia mendengar dari al qasim b muhammad berkata umar telah berkata , satu dinar dibayar dngan satu dinar , satu dirham dibayar dengan satu dirham , satu sa` dibayar dengan satu sa` , sesuatu yang diserah lewat tidak boleh dijual dengan sesuatu yang diserah secara tunai .
yahya meriwayatkan kepada ku dari malik bahawa abu zinad mendengar dari said b musayib berkata riba berlaku hanya pada emas atau perak atau apa yang ditimbang dari makanan dan minuman .
Satu pertukaran yang tidak melibatkan tangguh dan pertambahan kuantiti . Seorang memberikan sejumlah wang tanpa tangguh . Tamgguh tidak dibenarkan di dalam penukaran . Jika anda menangguhkan pembayaran anda kena
membuat pinjaman , anda tidak boleh mendapatkan hutang atas nama pertukaran secara tangguh . Pertukaran secara tangguh adalah riba nasiah
Satu kontrak sewa melibatkan tangguh dan tambah adalah halal . Apabila anda menyewa rumah anda dapat tinggal dirumah tersebut untuk satu tempoh anda kena memulangkannya bersama bayaran ( tambahan ).. pertambahan dari segi masa dan kuantiti di dalam akad sewa adalah dibenarkan
Tetapi anda hanya boleh menyewa barangan yang boleh disewa seperti rumah , kereta , kuda . Tetapi kamu tidak boleh menyewa wang atau makanan . Jika kita menyewa wang ia adalah merosakkan keadaan semulajadi transaksi dan menjadi riba .
No comments:
Post a Comment