insuran adalah satu perkataan yang paling tidak digemari oleh orang melayu satu ketika dulu . menyebut insuran orang melayu akan terbayang membuat persiapan untuk mati . tidak ada manusia yang inginkan mati . so kalau mengambil insuran menjadi satu badi kepada orang melayu kerana takut kalau ambil nanti malaikat beranggapan kita memang menanti kehadirannya .
Bagi orang cina pula mereka memang telah lama ada kesedaran tentang takaful . orang cina memang suka ambil risiko . mereka adalah bangsa yang berbudaya meniaga . satu pekerjaan yang mempunyai risiko untung dan rugi . mereka tahu disebalik bahaya akan ada kebaikan , keuntungan dan dalam masa yang sama mereka boleh alami kerugian . namun risiko kerugian tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari keuntungan . kalau mau meniaga tapi tak mahu risiko alamat tak berjalanlah perniagaan .
kerana senantiasa mengambil risiko dan tidak takut kepada kegagalan akhirnya masyarakat cina melihat kematian dan segala bentuk musibah adalah satu bentuk risiko yang boleh diperolehi manfaat dari keduanya . andaikan mereka mengalami risiko yang dilindungi mereka akan dapat durian runtuh untuk diri sendiri atau ahli keluarga . sebaliknya jika tidak berlaku apa-apa mereka rela kerana hasil kesihatan dan kehidupan yang berpanjangan mereka mampu mencari nafkah yang jauh lebih banyak dari apa yang mereka perolehi dari insuran .
bagi ulama islam pula mereka melihat di dalam insuran ada unsur tidak pasti atau gharar . risiko tu lebih kurang sama maknanya dengan gharar iaitu sesuatu yang tidak pasti . apa yang akan berlaku besok tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat .menurut mereka apabila seorang mengambil insuran pihak insuran dan pencarum akan sama - sama berjanji . pencarum akan membayar sejumlah wang dalam tempoh tertentu sebagai imbalannya pihak insuran berjanji akan membayar pampasan sekiranya berlaku perkara yang dilindungi dalam jumlah yang lebih besar dari apa yang dibayar oleh pencarum .
jika diamati dua pihak seolah bertaruh dengan apa yang akan berlaku esok hari .
No comments:
Post a Comment