Thursday, 29 December 2011

wang

ramai yang tidak mengambil endah tentang apa itu wang , walaupun semua orang sentiasa tidak kecukupan wang dan berlumba-lumba mengumpul wang . sungguh pelik kerana kita mengejar dan mencintai sesuatu yang kita tidak ketahui hakikatnya . ada yang mati dilautan kerana wang . ada yang ditimbus tanah 10 meter ke dalam semata - mata hendak mencari wang .




hakikatnya manusia hanya mengenali wang sebagai sesuatu yang menjadi medium pertukaran .  itu sahaja . selebihnya mereka menjadi sama sebagai pengejar wang . wang sebenarnya adalah satu persetujuan atau perjanjian untuk bersetuju mendapatkan sesuatu benda yang lain . dua orang yang bertukar barang contohnya gula dan wang . pembeli mahukan gula dan penjual mahukan satu keperluan lain contohnya membeli  alat tulis . wang adalah simbol untuk kedua pihak saling bertukar untuk memudahkan setiap pihak bertukar barang yang mereka  perlukan tanpa mencari orang mahukan barang kita . penjual mungkin mahukan petrol untuk mengisi minyak kenderaannya .


dengan adanya wang pengguna gula tidak perlu mencari pemilik petrol yang mahukan gula . atau pemilik petrol tidak perlu mencari  seseorang pemilik  gula yang  mencari petrol . begitulah sebaliknya .


kemudian konsep wang telah berevolusi dari menggunakan makanan asasi seperti beras , gula , gandum dan garam kepada menggunakan logam berharga seperti emas dan perak . penggunaan barangan tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan apa yang mereka hajati kerana setiap orang menerima bahan makanan sebagai medium pertukaran . orang yang mahukan baju mereka boleh membeli dengan gandum yang ada di dalam tangan  mereka . penjual pakaian  pula secara otomatik akan menerima gandum sebagai bayaran kerana dengan gandum dia boleh mecari barang yang diingini dengan menyerahkan gandum kepada pihak yang menjualnya .


maka oleh sebab itu pertukaran barangan yang diterima sebagai medium pembayaran mestilah secara sama nilai dan kuantitinya . supaya tidak ada kegiatan mengambil untung atas barang yang tidak mereka perlukan oleh kedua belah pihak . apabila seorang menyerahkan gandum bermakna dia tidak memerlukan bahan tersebut dan menyerahkan kepada orang lain untuk mendapatkan  barang yang dihajati .


sekiranya dia menukar gandum dengan gandum bermakna dia telah menyerahkan barang yang dia tidak perlukan untuk mendapatkan benda yang dia tidak perlukan .  itu bermakna pertukaran itu tidak berfaedah dan memenuhi keperluan dirinya dan orang lain .


jika pertukaran itu dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keuntungan maka salah satu pihak akan kerugian . kerana dia mendapat jumlah yang kurang dari apa yang ia serahkan sedang barangnya adalah sama . pertukaran seumpama ini akan menyebabkan satu pihak akan mempunyai stok yang berlebihan pada barang yang amat diperlukan sebagai jalan untuk mendapatkan barang keperluan la.


berbeza dengan seorang yang menukar gandum dengan  unta atau apa saja barang lain . perbezaan kuantiti dan nilainya tidak diambil kira kerana kedua-dua pihak memang saling memerlukan . perbezaan antara keduanya tidak memberikan sebarang kesan kerana bergantung kepada persetujuan pemilik kedua barangan untuk mendapatkan kepuasan antara barang yang ia serahkan dan barang yang dia perlukan .




begitu juga dengan barangan yang dijadikan sebagai medium pembayaran tetapi dari jenis yang berbeza . contohnya emas dengan gandum boleh ditukar tanpa persamaan kuantiti kerana nilai antara keduanya berbeza .

No comments:

Post a Comment